ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT DATANG KE DUNIA PENULISAN KAMI
HAYATILAH SETIAP YANG TERMAKTUB DISINI....GUNA JIKA ADA KEBAIKAN...YANG XPATUT GUNA JANGAN HIRAUKAN..
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 22, 2010

Gurindam Dua Belas

Gurindam

Gurindam Dua Belas

Gurindam ini hasil tulisan Raja Haji Ali Yang Mashyur. Dihasilkan pada 23 Rejab 1263 H atau 1847 M, Negeri Riau, Pulau Penyengat.

Banyak menyentuh hal kehidupan seharian berkaitan agama. Amat sesuai dijadikan pedoman.



Gurindam I

Ini gurindam pasal yang pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.

Gurindam II

Ini gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Gurindam III

Ini gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.

Gurindam IV

Ini gurindam pasal yang keempat:

Hail kerajaan di dalam tubuh,
jikalau lalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikit pun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur2.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Gurindam V

Ini gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam VI

Ini gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,

Gurindam VII

Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Gurindam VIII

Ini gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.

Gurindam IX

Ini gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segala hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

Gurindam X

Ini gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

Gurindam XI

Ini gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

Gurindam XII

Ini gurindam pasal yang kedua belas:

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

Monday, June 21, 2010

Exam Utk Budak2 Kejut (Mekanikal ngan Elektrik jer) Esok...Selamat MenJawab........




Mohd Azwan bin Husin a.k.a M.A.B.H.....

Sunday, June 20, 2010

Laksamana Bentan: TOK SELEHOR Berdakwah lewat puisi

Laksamana Bentan: TOK SELEHOR Berdakwah lewat puisi
Kertas Kerja Berkumpulan

Saturday, June 19, 2010

Paparan Kerja Wokyoh Karmina Yang Sempurna...

Tahukah Anda????????

Iblis adalah keturunan makhluk Jin dan merupakan musuh kepada makhluk manusia semenjak beliau dilaknat oleh Allah,

akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam.

Bermula daripada sangkaan buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam,

sehinggalah akhirnya beliau menaruh dendam terhadap keturunan Nabi Adam (iaitu manusia hari ini) ,

dan berjanji untuk menyesatkan seluruh keturunan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat.

(hari itu akan tiba tak lama lagi melalui tanda-tanda di sekeliling kita)

Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan keturunan manusia terutamanya Umat Islam (kerana penganut agama ini masih di jalan yang benar),

dan di antaranya adalah Iblis, Syaitan, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.

'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu,

maka jadikanlah ia musuh(mu),

karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.

Al-Quran

Surah Al-Fathir

Ayat 6

Di dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud:

"Iblis menjawab:

“Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat,

aku benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”

Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan dari belakang,

dari kanan dan dari kiri mereka.

Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur.”

Al-Quran

Surah Al-Araf

Ayat 16-17

'Hai anak Adam !

Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan,

sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga,

ia menanggalkan kedua-duanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua-dua auratnya.

Sesungguhnya dia ( Iblis ) dan pengikut-pengikutnya (Syaitan) melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.

Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.'

Al-Quran

Surah Al Araf

Ayat 27

Muhammad Asyiq (A129022)

Kata-kata DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj...hayati kebenaran dalam kata2 ini...hehehe

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Mohd Azwan bin Husin a.k.a M.A.B.H.......

Piala Dunia Milik Siapa??????





Mohd Azwan bin Husin a.k.a M.A.B.H........

Friday, June 18, 2010

Boikot ISRAEL JAHANNAM




Mohd Azwan bin Husin a.k.a M.A.B.H.........

Bagus punye Suami...bertuah punye Isteri..hehehe


Si putri berlari mendapatkan ibunya yang sedang meraung dan teresak-esak menangis dihadapan tangga rumahnya.

Putri : (Dengan cemas) Kenapa ni mak?

Ibu : (Sambil melolong seperti orang sakit) Ayah kau..marahkan mak, tak benarkan mak pergi jemputan rumak bekas...ADOIII.......

Putri : (Dengan rasa marah)Apa yang ayah dah buat pada mak ni?

Ibu : Mak bergaduh, ayah kau kata "kalau mak pijak anak tangga pertama, jatuh talak satu. kalau tangga kedua, jatuh talak dua. Dan kalau ketiga, jatuh talak tiga....WAAA sakit...

Putri : Apa yang mak buat?

Ibu : mak terjun tangga...WAAAAA....


Mohd Azwan bin Husin a.k.a M.A.B.H yg 'post' benda nie.....

Macam-macam......

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Nak lagi....http://lawakjenaka.com/......

Mohd Faiz b Md Adnan......

Mimpi Yang Tinggi

Bermimpilan seperti jika anda akan hidup selamanya, jalani hidup seperti jika anda akan meninggal hari ini.

Dream as if you’ll live forever, live as if you’ll die today.

~ James Dean......


Muhammad Asyiq (A129022)

Sajak Suami Isteri...Santapan Pagi Ini..hahahaha


Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Mohd Azwan B.Husin a.k.a M.A.B.H yg post benda nie.......

Tuesday, June 8, 2010

Slide sHow........

Disini kami sertakan link untuk melihat 'slide show' kami........http://www.scribd.com/doc/32696500/Wokyoh-Karmina-Presentation.....

Monday, June 7, 2010

BORANG SOAL SELIDIK

Kami Wokyoh Karmina Crew terdiri daripada Mohd Faiz Bin Md Adnan, Muhammad Asyiq bin Hj. Baharudin dan Mohd Azwan bin Husin merupakan pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina sedang menjalankan soal selidik tentang tajuk “Kemajuan teknologi maklumat (internet) pencetus pelbagai konfliks”.Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kerja kursus U2 Kemahiran Menulis.

BAHAGIAN A

*maklumat umum responden

-jantina

-umur

-fakulti

-tahun pengajian


BAHAGIAN B (1)

4. Adakah anda pernah mengunakan internet?

Ya Tidak




Bil.

Soalan

Ya

Tidak

1

Laman sosial maya seperti facebook, myspace dan friendster saya layari sekurang-kurangnya sekali seminggu.

2

Saya menggunakan nama dan identiti yang sebenar dalam laman sosial saya.

3

Perjudian secara maya sering saya lihat di dalam internet

4

Saya pernah bermain permainan berbentuk perjudian dalam internet

5

Saya selalu ‘copy’ dan ‘paste’ maklumat dari internet untuk dimasukkan ke dalam karya saya

6

Saya pernah menggunakan kemudahan internet untuk melayar laman web yang berunsur pornografi

7

Saya selalu memuat turun video, lagu atau perisian daripada internet

8

Saya tidak tahu memuat turun dalam internet secara percuma adalah haram

9

Saya mempunyai kecenderungan untuk membuka laman berbentuk pornografi setiap kali melayari internet

10

Saya sering menerima tawaran yang menawarkan ganjaran lumayan dalam perjudian siber

11

Saya tahu perkataan “XXX” biasanya merujuk kepada laman tertentu jika dicari di dalam internet

12

Pada pendapat saya, wanita/lelaki yang berpakaian seksi menyebabkan saya cenderung untuk melayari laman berbentuk pornografi

13

Saya tidak berasa bersalah memuat turun perisian-perisian tanpa kebenaran

14

Saya pernah menyebarkan maklumat palsu melalui blog dan laman sosial

15

Maklumat palsu yang disebarkan melalui teknologi maklumat boleh membawa kepada perpecahan

16

Saya menyokong sekiranya tindakan tegas dikenakan kepada individu yang menyalahgunakan kemudahan internet

17

Sudah menjadi kegemaran saya untuk melihat lelaki/wanita seksi

18

Saya lebih suka melayari laman-laman sosial berbanding laman berunsur pengajian dan pembelajaran

19

Pada pendapat saya, perjudian dalam internet bukanlah satu kesalahan.

20

Saya pernah tertipu dengan perjudian siber yang ditawarkan di internet