ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT DATANG KE DUNIA PENULISAN KAMI
HAYATILAH SETIAP YANG TERMAKTUB DISINI....GUNA JIKA ADA KEBAIKAN...YANG XPATUT GUNA JANGAN HIRAUKAN..
Related Posts with Thumbnails

Monday, May 31, 2010

Cetusan Idea........

Kemajuan teknologi maklumat (internet) pencetus pelbagai konfliks
1. Mukkadimah
-Teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
-Kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan pelbagai konflik.
2. Konflik
-perjudian dalam internet
-pornografi berleluasa
-penyalahgunaan fungsi laman sosial seperti Facebook
-cetak rompak
3.Tujuan kajian
-untuk mendedahkan segala konflik utama disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat (internet) yang disalahgunakan.
-memberi kesedaran kepada diri sendiri, masyarakat dan agama
-untuk mencadangkan langkah untuk mengatasi konflik ini.
4.Skop
- semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur , bangsa, warna kulit, pegangan politik dan agama.
Bersambung………………..

Cetak rompak filem melalui Internet

KUALA LUMPUR: Seorang tukang masak didenda RM20,000 dan dikenakan bon berkelakuan baik bercagaran RM3,000 selama dua tahun atas kesalahan memiliki salinan langgaran pelbagai filem Inggeris, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Sung Siew Chun, 25, dari Cheras selepas didapati bersalah terhadap 15 pertuduhan pindaan berkaitan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki 48 unit salinan langgaran filem dalam format cakera serba guna (DVD) dan lapan unit dalam format cakera padat video (VCD) filem Inggeris pelbagai tajuk ketika hak cipta filem itu wujud dan dituntut pemilik hak cipta. Antara filem itu ialah Ice Age, Madagascar, Chicken Little dan King Kong secara keseluruhan membabitkan sembilan pemilik hak cipta termasuk Twentieth Century Fox Film Corporation, Disney Enterprise dan Warner Bros.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di balkoni Elite Trading, Tingkat satu, Plaza OUG, Jalan Klang Lama, jam 5 petang pada 17 Januari 2007.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Nurul Ain Hamzah

MENGHALANG PORNOGRAFI.......

Kebanyakan perisian akan menghalang URL tertentu yang disyaki laman lucah

Antara isu yang sering dikaitkan dengan Internet adalah pornografi. Tidak dinafikan, bahan lucah menjadi sebahagian daripada tarikan utama penggunaan Internet. Terdapat puluhan malah ratusan ribu laman web lucah komersial mahupun amatur di dalam Internet dan paling menakutkan, ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Sesetengah bijak pandai berpendapat, meningkatnya kadar jenayah seksual seperti rogol berpunca daripada kehadiran laman-laman sebegini. Adakah kita mahu membiarkan sahaja minda suci adik-adik dan anak-anak kita dicemari budaya kuning ini?



Menyedari bahaya pornografi Internet, pembangun perisian dan cendikiawan IT mula membina perisian untuk menghalang laman-laman ini daripada dimasuki mereka yang masih mentah. Kebanyakan perisian akan menghalang URL tertentu yang disyaki laman lucah. Namun ia belum mencukupi. Terdapat beribu laman web baru dan ada yang berselindung di sebalik nama yang agak ‘bersih'. URL sebegini biasanya akan terlepas pandang oleh perisian anti pornografi biasa.





Pornografi bukan sekadar memberi masalah kepada kanak-kanak, malah turut mendatangkan kesan buruk kepada produktiviti syarikat di mana kebanyakan pekerja mempunyak akses Internet. Menurut statistik standard Industri tahun 2000, 70 peratus trafik laman lucah berlaku antara jam sembilan pagi hingga lima petang. Menurut CBS Marketwatch pula, dua pertida daripada syarikat-syarikat yang ada mempunyai masalah pekerja-pekerja menyalahgunakan Internet untuk melayari laman porno.


Setakat ini, antara perisian paling berkesan menghalang gambar lucah (dari Internet) daripada mengisi skrin-skrin komputer adalah iShield. Ia menggunakan enjin pengesan canggih untuk menganalisa dan menghalang imej-imej lucah. Walaupun tidak 100 peratus sempurna, perisian ini boleh dianggap berjaya dalam menapis imej-imej lucah daripada perayau web anda.



iShield mengambil pendekatan unik dalam mengenal pasti imej tidak bermoral Internet dan menghalangnya daripada dipaparkan di skrin anda. Ia menggunakan tiga langkah untuk memproses imej-imej sebelum dipaparkan di skrin.




1) Pemproses imej digital menganalisa imej bagi menentukan sama ada ianya lucah atau tidak.

Analisis dilakukan ke atas beberapa faktor seperti tona warna kulit, tekstur, sempadan obejk, jisim, bentuk kaki dan tangan, serta muka. Biasanya imej gambar bogel mempunyai ciri-ciri sama merangkumi kesemua faktor di atas.



2) Hasil analisa imej dan teks pada skrin digunakan untuk menentukan tahap kelucahan imej tersebut.

Selain imej, sokongan teks juga membantu menentukan jenis gambar yang akan dipaparkan. Jika teks pada laman tersebut mempunyai perkataan lucah yang biasa digunakan, secara automatik ia diklasifikasikan sebagai imej lucah.



3) iShield akan menghalang imej lucah sebelum ia dipaparkan pada skrin.

Beberapa cara digunakan untuk menghalang gambar daripada dipaparkan. Gambar-gambar tersebut boleh ditukar dengan gambar sedia ada pada fail pengguna atau menggunakan default iShield berupa gambar perisai. Pengguna juga boleh membiarkan sahaja imej tersebut dipaparkan tetapi merekod setiap paparan imej lucah tersebut.



Seperti yang dikatakan, iShield hampir sempurna dalam menapis bahan-bahan lucah tetapi masih tidak dapat lari daripada kekurangan. Ada kalanya, gambar-gambar tidak lucah tetapi mempunyai kriteria hampir sama dengan gambar lucah turut dihalang.

Sebagai contoh, gambar bayi atau kanak-kanak (tona warna kulit) atau gambar orang dewasa sedang berkelah di tepi pantai (bentuk dan sempadan objek). Bagaimanapun, iShield mengatasi kelemahan ini dengan meletakkan kadar penyelarasan tahap kelucahan yang boleh ditetapkan oleh pemilik komputer.



Kadangkala, laman web perubatan atau pendidikan tertentu yang tidak lucah turut dihalang oleh iShield (disebabkan teks tertentu). Kelemahan ini diatasi dengan membenarkan pengguna meletakkan alamat laman tersebut ke dalam senarai Putih (White List). Sebaliknya, jika laman web yang tidak mempunyai kriteria lucah tetapi menyinggung perasaan pengguna, boleh diletakkan ke dalam senarai Hitam (Black List) kerana laman sebegini biasanya akan terlepas dari pemerhatian iShield.



iShield juga mempunyai kesukaran dalam menganalisa laman web atau file grafik yang mempunyai kualiti imej kurang bermutu atau cahaya latar terlebih cerah. Jadi apa terlepas hanyalah imej lucah tidak ber'kualiti' (kualiti dimaksudkan adalah dalam istilah fotografi).



Kesimpulannya, cara terbaik menghalang gejala pornografi Internet adalah melalui kesedaran dan pendidikan moral. Secanggih manapun perisian yang digunakan, masih ada kelemahan dan cara yang digunakan untuk mengatasinya. Seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



Sumber Maklumat: Majalah PC

Banteras perjudian Internet

SEREMBAN,12 Mei- Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet.

Serentak dengan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan semua agensi penguat kuasa seperti polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), imigresen dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan operasi bersama bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berleluasa.

Saya mahu ingatkan pengusaha kafe siber, jangan jadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet atau mereka akan berhadapan tindakan undang-undang termasuk lesen dirampas.

Saya mahu mesin judi Internet haram dirampas sebagai pengajaran kepada mereka. Banteras segera kegiatan ini sehingga ke akar umbi.

Kita tidak mahu kewujudannya merosakkan jati diri rakyat serta menimbulkan penyakit sosial yang menjejaskan keharmonian masyarakat, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Justeru, kata Mohamad, pembanterasan yang dilakukan itu hendaklah seiring kerana terlalu banyak pertindihan dalam tindakan dan sebagai contohnya, kes perjudian ini di bawah kuasa polis, manakala perihal berkaitan lesen dan permit dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

Kita dapati penyakit judi siber ini semakin berleluasa. Banyak lesen telah disalah guna. Di luar mereka tulis kafe siber, tetapi di dalam menjalankan kegiatan mesin judi Internet, ujar Mohamad.

Tegasnya, kerajaan negeri mahu pemantauan lebih ketat di buat ke atas semua kafe siber dan ia hendaklah diperiksa lebih kerap bagi menghindarkan aktiviti haram berkenaan dilakukan di sebalik cermin yang ditutup itu.

Masyarakat jadi rosak pemikirannya kerana judi Internet.

PBT, polis dan imigresen telah pun membuat banyak serbuan ke atas premis kafe siber ini dan mesin perjudian juga banyak yang dirampas. Lesen dan permit mereka juga kita tarik balik.

Kalau susah sangat, kita juga akan melibatkan TNB supaya bekalan elektrik di premis terbabit dipotong bekalannya, kata Mohamad.

Mohamad berkata, ancaman perjudian Internet haram ini begitu serius dan tiada cara lain, selain memerangi habis-habisan lubuk yang menjadi sarang perjudian ini.

Remaja, pelajar, orang tua dan semua yang terlibat sudah diancam penyakit baru iaitu judi Internet. Kita akan pantau juga di beberapa daerah yang kini menjadi lubuk baru aktiviti tersebut.

Cari sampai dapat dan pastikan aktiviti perjudian Internet haram ini dibanteras segera, kata Mohamad lagi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Monday, May 24, 2010

Kemajuan IT (internet) penyebab KEwujudan Pelbagai Konflik.......Tolong la bincang...hehehehehe

contohnya...

"Lukis nabi cetus perang di Facebook"
petikan dari Berita Harian 2010/05/21...

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

"SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang...."

Mengapakah KONFLIK sebegini Tercetus???
SALAH siapakah ini??
Patutkah perkara ini terjadi???
INIKAH KEMAJUAN IT YANG KITA MAHU????

FIKIR-FIKIRKANLAH......

Kewujudan Kami Bertiga Di Kelas Pagi tadi.......

Tidak dapat dinafikan lagi....di pagi yang cantik hari ini....kami a.k.a budak2 KEJUT....telah menghadirkan diri dengan penuh perasaan ingin belajar di dewan kuliah 3F201......mendengar 'lecture' dari Puan Rozmel......cukup2 HEBAT......x terasa pn mengantuk..........hahaahhahahaahahahahaha...walaupun tertidur seketika........uuuuuuuuuuuuuuuuuu...............